Monday, February 14, 2011

MANUSIA HEBAT


Siapakah manusia-manusia yang hebat disekeliling kita? Bila berhadapan dengan orang-orang kaya, orang berpangkat, tokoh-tokoh masyarakat, kita akan memandang dengan penuh kekaguman, manakala orang yang dipandang pastinya akan merasa aura penghormatan dan merasa sesuatu , kalau bukan bangga pun pastinya ‘the feel good feelings’.

Kita juga berlumba-lumba untuk menjadi orang-orang yang hebat, masuk MLM untuk mendapatkan kehebatan dengan cara mudah, melabur dan mencari kekayaan agar dipandang hebat. Kita sambung belajar sebab apabila ada master dan doctorate kita adalah seorang yang hebat. Lebih buruk lagi adalah apabila kita menuntut penghormatan sebab kita orang yang hebat menurut pengamatan kita.

Kehebatan itu bukan milik kita sebenarnya sebab kejayaan kita dari segi duniawi adalah datang dan dibentuk oleh persekitaran kita. Kita tak punya banyak pilihan dalam menentukan apa takdir kita didunia ini. Sebagai contoh, putera raja yang kedua pastinya tidak akan menjadi raja kerana beliau dilahirkan sebagai anak kedua. Adakah itu menunjukkan anak yang pertama itu hebat?Tentu tidak. Putera raja itu juga tidak dapat menentukan dimana beliau akan dilahirkan sebab takdir didalam rahim mana ruh itu ditiup berada didalam kuasa Allah. Jika anak raja itu tadi sedar, nasibnya tidak lebih baik dari anak pengemis sebab nasib masing-masing itu berada dalam genggaman Allah.

Mau tidak mau, persekitaran kemudiannya membentuk seseorang dan menentukan perjalanan hidup seseorang. Jika lahirnya didalam keluarga cendekiawan, tentulah anak-anak itu terdorong kearah menjadi pemikir atau orang yang punya banyak ilmu. Jika lahir didalam keluarga ahli perniagaan tentunya ia sangat-sangat terpengaruh dengan perniagaan. Ramai dari pemimpin kita juga lahir didalam keluarga yang susur galurnya pemimpin. Jadi dimana tempat anak-anak yang merempat dijalanan? Tentunya Allah tak adil jika menilai manusia dari segi harta dan darjat seseorang. Dengan keadilan Allah, maka manusia-manusia yang dhaif ini secara automatic Allah tingkatkan darjat mereka disisinya dan mendapat kasih sayangnya melebihi manusia yang lainnya. Andaikata mereka redha dengan kesusahan mereka maka rahmat dan kasih saying Allah melimpah ruah untuk mereka dan juga syurga telah dijanjikan oleh Allah untuk mereka.

Pada hakikatnya, tidak ada maknanya siapa kita disisi masyarakat. Kita boleh menjadi pemikir yang hebat, jutawan, tokoh politik yang dihormati, ahli akademik terulung tapi kita sama sahaja dengan orang buta yang menjual tisu, pengutip sampah dijalanan. Sehingga kita dapat merasa sama seperti mereka maka selagi itu disisi Allah mereka lebih baik dari kita. Kita punya ramai pemikir ulung yang dapat berfikir untuk manfaat dunia tapi tidak dapat memikirkan untuk memperbaiki diri mereka dan keluarga mereka. Ramai hartawan tapi tidak dermawan Ramai tokoh politik tapi politik dalam rumahnya sendiri hancur…

Jadi…. Apa hebatnya kita? Yang hebat bukan kita sebenarnya tapi Allah yang menunjukkan kehebatanNya dengan mengatur kehidupan ini sebegitu rupa…Subhanallah…

1 comment:

  1. Apabila seorang isteri diseru supaya tunduk dan merendah diri kepada suaminya, apakah ertinya? Adakah ia bermakna si isteri perlu buat gerakan ritual membongkok-bongkokkan badannya kepada suami bagi mencapai makna tunduk?

    Begitu juga apakah si isteri itu perlu meletakkan kepalanya di kaki suami supaya lahiriah badannya lebih rendah daripada badan suaminya, bagi mencapai maksud merendah diri?

    Jika itu yang dilakukan oleh si isteri tersebut, itu menunjukkan dia tidak memikirkan perbuatan-perbuatannya itu.

    Seorang isteri yang tunduk dan merendah diri keada suami adalah dengan memahami apakah tugas-tugas seorang isteri.

    Si isteri itu perlu menjaga perhubungan dengan suaminya. Tidak menduakan suaminya dengan mementingkan orang lain daripada suaminya sendiri. Tidak lawan cakap suaminya. Isteri tersebut perlulah melayan dengan baik sebagai seorang wanita terhadap suaminya baik dari segi zahir dan batin. Sempurna komitmen isteri itu terhadap suaminya, tercapailah maksud tunduk dan merendah diri kepada suami.

    Sebagai seorang manusia, tunduk dan merendah diri kepada Allah dengan memahami apakah tugas-tugas sebenar kita sebagai manusia.

    Untuk memahami tugas-tugas tersebut, lihatlah perbezaan fitrah kejadian kita dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Di mana kelebihan kita yang tidak ada pada makhluk-makhluk lain, di situlah tujuan kita diciptakan sebagai manusia.

    Manusia dikurniakan keupayaan akal yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain. Manusia mampu mengkaji ilmu alam dan mencipta teknologi. Pendek kata, manusia mampu buat sesuatu yang kreatif dan innovatif.

    Jadi, untuk mencapai erti tunduk dan merendah diri kepada Allah, jadilah manusia yang rajin kaji alam agar memiliki daya kreativiti dan innovatif yang tinggi.

    Cuba buat perbandingan antara bangsa-bangsa di dunia ini. Bangsa yang tunduk dan merendah diri mengkaji ilmu alam itulah yang Allah angkat sebagai khalifah, bukannya bangsa-bangsa yang buat sesuatu amalan ritual yang kononnya nak ruku’ dan sujud kepada.

    Allah bukannya perlu perbuatan-perbuatan ritual itu, sebab Dia tidak bergantung kepada manusia, sebaliknya manusia yang bergantung kepadaNya.

    Jika sebagai suami pun, kita akan nampak perbuatan membongkokkan diri si isteri itu kepada kita kononnya sebagai tanda tunduk hormat adalah perbuatan yang tidak ada maknanya berbanding si isteri itu komited menguruskan rumahtangga, begitulah Allah melihat perbuatan-perbuatan manusia yang buat sesuatu amalan ritual itu tidak ada nilainya berbanding manusia itu menguruskan muka bumi mengikut peraturan alam ini.

    Fikir-fikirkanlah. Sudah sempurnakah tugas kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain itu? Dan walaupun makhluk-makhluk lain itu tidak memiliki akal seperti manusia, tetapi mereka lebih ruku’ (tunduk) dan sujud (patuh) kepada peraturan alam ini termasuk bayang-bayang kita sendiri.

    13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

    25:45. Tidakkah kamu merenungkan Pemelihara kamu, bagaimana Dia menjulurkan bayang-bayang? Sekiranya Dia menghendaki tentu Dia membuatnya tetap berdiam. Kemudian Kami membuatkan matahari untuk menjadi satu panduan kepadanya.

    25:46. Kemudian Kami menariknya kepada Kami, dengan tarikan perlahan-lahan.

    ReplyDelete